BLOG INI DIWUJUDKAN BAGI MENYAMPAIKAN MAKLUMAT BERKAITAN AKTIVITI PENGIMARAHAN YANG DIJALANKAN DI MASJID INI. DIHARAP TUAN-TUAN MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DAPAT BERSAMA-SAMA MENYUMBANG BUAH FIKIRAN BAGI MERANCAKKAN LAGI AKTIVITI DAN PROGRAM YANG DIJALANKAN.

Monday 30 December 2013

Assalamualaikum W.B.T.
Kepada muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah, pihak MAFSPU terpaksa membatalkan program Sambutan Tahun Baru 2014 di Masjid Abdullah Fahim SPU kerana memberi laluan kepada program ajnuran kerajaan Negeri Pulau Pinang pada malam ini, insyaAllah.
Marilah sama-sama kita hadir ke beramai-ramai moga-moga dirahmati Allah.

Sunday 17 November 2013

Assalamualaikum W.B.T

Kuliah Maghrib Malam Ini:

    Hari / Tarikh     : Isnin / 18 November 2013
    Tajuk                : Diskusi Buku " Inspirasi Khutbah Rasulillah"
    Penceramah    : Pengarang Buku ; Ustaz Rohidzir Rais


* Buku ada dijual pada malam ini berharga RM 29.00.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai-ramai.

Sunday 13 October 2013

Assalamualaikum W.B.T

Makluman Solat Sunat Aiduladha pada tahun ini, 1434H seperti berikut:

Tarikh / Hari  : 15 Oktober 2013 / Selasa
Tempat         : Masjid Abdullah Fahim SPU
Waktu           : 8.30 Pagi

Diminta kepada semua muslimin dan muslimat memanjangkan maklumat ini kepada yang lain.

Kami dari pihak Pentadbiran Masjid Abdullah Fahim SPU mengucapkan " SELAMAT HARI RAYA AIDULADHA, MAAF ZAHIR DAN BATIN "

Monday 9 September 2013

PROGRAM ILMIAH TERBARU DI MASJID ABDULLAH FAHIM

Assalamualaikum w.b.t.
Kepada muslimin dan muslimat, kuliah bulanan mengenai kesihatan bakal menyusul pada bulan ini dan bulan-bulan berikutnya, Insyaallah.
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai-ramai.


Thursday 4 July 2013

BICARA FAQIH: SOAL JAWAB RAMADHAN

Assalamualaikum w.b.t..
Muslimin muslimat dijemput hadir beramai-ramai. Pastikan anda hadir bersama kemusykilan yang bermain di minda anda berkaitan Puasa Ramadhan dan pulang bersama jawapannya..

Tuesday 2 July 2013

MAKLUMAN

Pihak MAFSPU memohon jutaan kemaafan kepada muslimin dan muslimat di atas pembatalan ini kerana penceramah mempunyai urusan lain di saat-saat akhir..Diharap agar makluman ini dapat dipanjangkan kepada yang lain.Wallahu A'lam..

Wednesday 12 June 2013

MAKLUMAN

Assalamualaikum w.b.t.

Untuk perhatian muslimin dan muslimat, pengajian Wishahul Afrah pada malam ini, Khamis 13 Jun 2013 diBATALkan. Harap maklum dan sampai-sampaikan.

Terima kasih di atas keperihatinan muslimin dan muslimat sekalian.

Monday 29 April 2013

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN TAHLIL


MAJLIS BACAAN YAASIN DAN TAHLIL SEMPENA ISTIADAT MENGANGKAT SUMPAH JAWATAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan program di atas seperti maklumat berikut:-


Tarikh       :        30 April 2013 (Selasa)

Masa        :        7.00 petang – 10.00 malam 
Tempat   :       Masjid Abdullah Fahim Daerah Seberang Perai Utara

Sehubungan itu, pihak masjid dengan berbesar hatinya menjemput tuan-tuan dan puan-puan bagi bersama-sama hadir memeriahkan majlis tersebut.

Friday 12 April 2013

PEMBATALAN KELAS MALAM INI.

Asslamualaikum W.B.T.

Buat makluman semua, kelas Ustaz Zainol Asri pada malam ini, 12 April 2013 dibatalkan.

Diminta agar saudara/ saudari dapat memanjangkan makluman ini. -Pejabat pengurusan Masjid Abdullah Fahim SPU.

Friday 1 March 2013

Assalamualaikum w.b.t.

Jadual pengajian umum di Masjid Abdullah Fahim S.P.U untuk bulan Mac 2013

Thursday 31 January 2013

Assalamualaikum W.B.T
Jadual pengajian umum bulan Februari 2013.




Thursday 24 January 2013

MAKLUMAN

PEMBATALAN KELAS PENGAJIAN DI MASJID ABDULLAH FAHIM SEPERTI BUTIRAN BERIKUT:    
 
  1) TARIKH / HARI    : JUMAAT / 25 JANUARI 2013

      MASA                    : SELEPAS SOLAT MAGHRIB

      KITAB                    : HADITH 40 IMAM AN-NAWAWI

      PENGAJAR           : SHEIKH MUHD ZAINUL ASRI HJ MOHD ROMLI


   2) TARIKH / HARI   : AHAD / 27 JANUARI 2013

       MASA                   : SELEPAS SOLAT SUBUH

       KITAB                   : RIYADHUS SOLIHIN

       PENGAJAR          : USTAZ KHAIRUL ANUAR MUSA