BLOG INI DIWUJUDKAN BAGI MENYAMPAIKAN MAKLUMAT BERKAITAN AKTIVITI PENGIMARAHAN YANG DIJALANKAN DI MASJID INI. DIHARAP TUAN-TUAN MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DAPAT BERSAMA-SAMA MENYUMBANG BUAH FIKIRAN BAGI MERANCAKKAN LAGI AKTIVITI DAN PROGRAM YANG DIJALANKAN.

Thursday 13 December 2012

MAJLIS LANTUNAN MAHABBAH

MASJID ABDULLAH FAHIM BERSAMA PAKSI  PULAU PINANG AKAN MENGANJURKAN PROGRAM LANTUNAN MAHABBAH SEPERTI DI POSTER DI BAWAH. MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI RAMAI.



Sunday 18 November 2012

KULIAH MAGHRIB PERDANA

KULIAH MAGHRIB PERDANA OLEH DR JAMNUL PADA 24 NOVEMBER 2012 DIBATALKAN.

Monday 22 October 2012

KULIAH MAGHRIB

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA KULIAH MAGHRIB AKAN DIADAKAN SEPERTI BUTIRAN BERIKUT:

TARIKH   :   23 OKTOBER 2012 (SELASA)
JAM          :   SELEPAS MAGHRIB
PENYAMPAI :   USTAZ MOHD AMIN BIN MAT TAIB
TAJUK     :    AKIDAH
KITAB     :    MISBAHUL MUNIR

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR


Wednesday 17 October 2012

PROGRAM PENGIMARAHAN MASJID

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA PIHAK PENGURUSAN MASJID SEDANG DALAM RANGKA MENYUSUN PROGRAM-PROGRAM PENGIMARAHAN DI MASJID INI. INSYAALLAH JIKA TIADA SEBARANG ARAL, BULAN NOVEMBER INI KITA AKAN MEMULAKAN PROGRAM KULIAH MAGHRIB DAN KULIAH SUBUH DAN SETERUSNYA DIIKUTI PROGRAM FORUM DAN SEBAGAINYA. DIPOHON SAHABAT-SAHABAT DAPAT MEMBERI IDEA DAN MEMBANTU PIHAK MASJID DALAM MENYUSUN PROGRAM PENGIMARAHAN YANG BERMUTU DAN MEMBERI MANFAAT YANG MAKSIMA KEPADA ANAK JEMAAH. PIHAK MASJID MEMOHON MAAF KERANA PROGRAM PENGIMARAHAN TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN SEKARANG KERANA MASIH DALAM PROSES MENAMBAHBAIK PRASARANA DAN FIZIKAL MASJID.

Thursday 11 October 2012

PEMBUKAAN MASJID DAN SOLAT JUMAAT PERTAMA

MASJID ABDULLAH FAHIM AKAN MULA BEROPERASI BERMULA DENGAN SOLAT ZOHOR PADA 11 OKTOBER 2012. PADA SEBELAH MALAMNYA JABATAN MUFTI AKAN MEMBUAT PERISYTIHARAN BANGUNAN SEBAGAI MASJID.  MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL SEMPENA PEMBUKAAN MASJID INI JUGA AKAN DIADAKAN PADA MALAM INI.

PADA 12 OKTOBER 2012 AKAN DILAKSANAKAN SOLAT JUMAAT PERTAMA DAN TETAMU KENAMAAN YANG AKAN  HADIR IALAH TYT YANG DIPERTUA NEGERI PULAU PINANG. TURUT HADIR IALAH TUN ABDULLAH HJ AHMAD BADAWI, AHLI PARLIMEN KEPALA BATAS.

SEHUBUNGAN ITU, MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI RAMAI.

Sunday 30 September 2012

PENYERAHAN MASJID ABDULLAH FAHIM

Penyerahan secara rasmi Masjid Abdullah Fahim daripada Pihak Pelaksana iaitu Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang kepada Pihak Pelanggan iaitu Pejabat Pembangunan Negeri telah berjalan dengan jayanya pada hari ini bertempat di Ruang Foyer Masjid Abdullah Fahim. Seterusnya penyerahan dari Pejabat Pembangunan Negeri kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang(JHEAIPP)  dan JHEAIPP telah menyerahkan kepada Tuan Pegawai Daerah Seberang Perai Utara selaku Pengerusi Masjid Abdullah Fahim.


Pengarah JKR menyerahkan kunci kepada Pengarah ICU









KPP Pengurusan Masjid JHEAIPP menyerahkan kunci kepada Tuan Pegawai Daerah
Antara tetamu yang hadir

Pihak Kontraktor dari Klasa Jaya

Tuesday 25 September 2012

PEMBINAAN MASJID ABDULLAH FAHIM

BERIKUT ADALAH GAMBAR-GAMBAR PEMBINAAN MASJID ABDULLAH FAHIM

Projek pembinaan Masjid Abdullah Fahim melibatkan  kos sebanyak RM25 juta. Masjid baru ini mula dibina pada bulan Jun 2009 dan apabila siap kelak dapat menampung seramai 6,000 jemaah.

Dalam pembinaan


Rekabentuk Ruangan Solat Utama

Dalam Pembinaan
70% siap





Lawatan TYT Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang ke Tapak Projek

SHEIKH ABDULLAH FAHIM

RIWAYAT RINGKAS SHEIKH ABDULLAH FAHIM

Masjid Abdullah Fahim dinamakan sempena nama tokoh ulama' yang terkenal suatu masa dahulu. Berikut ialah sedikit riwayat ringkas mengenai beliau yang saya kutip dari blog tokoh1038.blogspot.com.

Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim
 
Sheikh Haji Abdullah dilahirkan di Tanah Suci Makkah al-Mukarramah pada tahun 1870 di satu tempat tidak jauh dari Masjid al-Haram yang bernama Shuib Ali.Bapanya Sheikh Ibrahim bin Haji Tahir bermastautin di kota Mekah dan menjadi guru agama di Masjid al-Haram.Tuan Guru Sheikh Haji Abdullah Fahim pernah dilantik sebagai ahli lembaga Masjid al-Haram .Sewaktu berada di Mekah, Tuan Guru Sheikh Haji Abdullah Fahim mengambil kesempatan mempelajari ilmu politik Islam dan antarabangsa.Beliau mempunyai kelulusan dalam lebih daripada 15 bidang ilmu Islam.Kemahiran utama Tuan Guru Sheikh Haji Abdullah Fahim adalah dalam bidang ilmu falak dan kesusasteraan Arab.

Selain itu, Tuan Guru Haji Abdullah Fahim juga memiliki semangat jihad yang tinggi dan pernah menyertai gerakan Islam di negara Arab untuk menentang penjajahan Yahudi,Inggeris,Perancis dan Amerika Syarikat.Beliau telah  mendirikan rumah tangga dengan seorang gadis Melayu yang pernah tinggal di Mekah.Hasil perkongsian hidup itu, beliau dianugerahi dua cahaya mata iaitu Ahmad Ghazali dan Ahmad yang kemudiannya dikenali di Malaysia dengan nama Ahmad Badawi, iaitu bapa kepada Y.A.bhg Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri Malaysia. 
     
Pada tahun 1925, Tuan Guru Haji Abdullah Fahim kembali semula ke kampungnya di Kepala Batas, Pulau Pinang.Sekembalinya beliau meneruskan usaha untuk mengajar agama kepada pelajar tempatan di anjung rumah pusakanya di situ.Sesudah beberapa tahun di Perak, Sheikh Abdullah Fahim kembali ke Pulau Pinang dan meneruskan semula kuliah agamanya di Masjid Kepala Batas sementara menunggu siapnya sekolah agama yang baru didirikan dan dikenali sebagai Daeratul Maarif al-Wataniah (DMW). Beliau meninggal dunia pada 27 April 1961 ketika usia 90 tahun.

                                                                                                           Al-Fatihah..........

Sunday 23 September 2012

MASJID ABDULLAH FAHIM

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah swt kerana di atas taufiq dan hidayahnya dapat sama-sama kita bertemu dalam lembaran posting yang pertama ini. Buat pengetahuan semua, Masjid Abdullah Fahim ini telah mula dibina bermula tahun 2009 dan dijangka akan diserahkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pada 01 Oktober 2012. Dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan kali pertama yang dipengerusikan oleh Tuan Hj Jusni bin Ismail, Pegawai Daerah Seberang Perai Utara, mesyuarat memutuskan untuk melaksanakan solat lima waktu bermula pada solat Subuh Isnin 08 Oktober 2012. Solat Jumaat pertama akan mula dilaksanakan bermula pada 12 Oktober 2012. Walaubagaimanapun, keputusan ini bergantung kepada proses penyerahan yang dirancang pada 01 Oktober 2012. Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah memudahkan segala yang telah kita rancangkan.