SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA PIHAK PENGURUSAN MASJID SEDANG DALAM RANGKA MENYUSUN PROGRAM-PROGRAM PENGIMARAHAN DI MASJID INI. INSYAALLAH JIKA TIADA SEBARANG ARAL, BULAN NOVEMBER INI KITA AKAN MEMULAKAN PROGRAM KULIAH MAGHRIB DAN KULIAH SUBUH DAN SETERUSNYA DIIKUTI PROGRAM FORUM DAN SEBAGAINYA. DIPOHON SAHABAT-SAHABAT DAPAT MEMBERI IDEA DAN MEMBANTU PIHAK MASJID DALAM MENYUSUN PROGRAM PENGIMARAHAN YANG BERMUTU DAN MEMBERI MANFAAT YANG MAKSIMA KEPADA ANAK JEMAAH. PIHAK MASJID MEMOHON MAAF KERANA PROGRAM PENGIMARAHAN TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN SEKARANG KERANA MASIH DALAM PROSES MENAMBAHBAIK PRASARANA DAN FIZIKAL MASJID.