RIWAYAT RINGKAS SHEIKH ABDULLAH FAHIM
Masjid Abdullah Fahim dinamakan sempena nama tokoh ulama' yang terkenal suatu masa dahulu. Berikut ialah sedikit riwayat ringkas mengenai beliau yang saya kutip dari blog tokoh1038.blogspot.com.
Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim |
Sheikh
Haji Abdullah dilahirkan di Tanah Suci Makkah al-Mukarramah pada tahun
1870 di satu tempat tidak jauh dari Masjid al-Haram yang bernama Shuib
Ali.Bapanya Sheikh Ibrahim bin Haji Tahir bermastautin di kota Mekah dan
menjadi guru agama di Masjid al-Haram.Tuan Guru Sheikh Haji Abdullah
Fahim pernah dilantik sebagai ahli lembaga Masjid al-Haram .Sewaktu
berada di Mekah, Tuan Guru Sheikh Haji Abdullah Fahim mengambil
kesempatan mempelajari ilmu politik Islam dan antarabangsa.Beliau
mempunyai kelulusan dalam lebih daripada 15 bidang ilmu Islam.Kemahiran
utama Tuan Guru Sheikh Haji Abdullah Fahim adalah dalam bidang ilmu
falak dan kesusasteraan Arab.
Selain itu, Tuan Guru
Haji Abdullah Fahim juga memiliki semangat jihad yang tinggi dan pernah
menyertai gerakan Islam di negara Arab untuk menentang penjajahan
Yahudi,Inggeris,Perancis dan Amerika Syarikat.Beliau telah mendirikan
rumah tangga dengan seorang gadis Melayu yang pernah tinggal di
Mekah.Hasil perkongsian hidup itu, beliau dianugerahi dua cahaya mata
iaitu Ahmad Ghazali dan Ahmad yang kemudiannya dikenali di Malaysia
dengan nama Ahmad Badawi, iaitu bapa kepada Y.A.bhg Tun Abdullah
Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri Malaysia.
Pada tahun 1925, Tuan
Guru Haji Abdullah Fahim kembali semula ke kampungnya di Kepala Batas,
Pulau Pinang.Sekembalinya beliau meneruskan usaha untuk mengajar agama
kepada pelajar tempatan di anjung rumah pusakanya di situ.Sesudah
beberapa tahun di Perak, Sheikh Abdullah Fahim kembali ke Pulau Pinang
dan meneruskan semula kuliah agamanya di Masjid Kepala Batas sementara
menunggu siapnya sekolah agama yang baru didirikan dan dikenali sebagai
Daeratul Maarif al-Wataniah (DMW). Beliau meninggal dunia pada 27 April
1961 ketika usia 90 tahun.
Al-Fatihah..........